Thursday 3 March 2011

smile peace













TERKILAN HATI INI



Tak usah sembunyi
Kebencian dan keegoanmu
Terhadapku
Dari gerak bibir
Dan senyumanmu
Jelas terbukti semuanya palsu

Kau dengar ......fitnah
serta hasutan menceritakan
Perihalku

Sedangkan dahulu
Kau tidak bersikap sedemikian
Kau pengasih,Kau percaya
Terhadapku diriku

Terkilan......hati ini...
Bila mengetahui
Diriku......tak diperlukan lagi

Bukan ku berdendam
Bukannya aku membenci
Tetapi kurasa,berjauhan hati

Kupujuk,sentiasa sabar menerimanya
Walau diriku memedam rasa......

Pada suatu hari di sekolah,
seorang murid bertanya pada guru...
ketika itu guru tersebut sedang
bercerita mengenai kasih sayang...

PELAJAR:"cikgu macam mana kita nak pilih
seseorang yang terbaik sebagai
orang yang paling kita sayang??
macam mana juga kasih sayang itu akan berkekalan?"

CIKGU:"ok,kamu ikut apa yang saya suruh,,,
kamu pergi ke padang,
kamu berjalan diatas rumput
sambil memandang rumput didepan kamu,
tapi kamu kena ingat,
pilih yang paling cantik
tanpa menoleh kebelakang lagi
walau sekali,
dah dapat petik rumput yang paling cantik,
bawa ke kelas"

apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,
tiada sehelai rumput pun ditangannya.
cikgu bertanya,
kenapa tiada rumput yang dipilih??

PELAJAR:"tadi masa saya berjalan,
saya carilah rumput yang paling cantik.
memang ada banyak yang cantik
tapi,cikgu kata petik yang paling cantik,
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari rumput yang paling cantik
tanpa menoleh kebelakang lagi.
tapi sampai dipenghujung padang,
saya tak jumpa pun yang paling cantik.
mungkin ada diantara yang dibelakang saya
tadi rumput yang paling cantik
tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh
kebelakang semula,
jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."

CIKGU:"ya,itulah jawapannya
mknenye,apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang
janganlah sia-siakan dirinya........
kerana ada sebahagian besar orang yang mengatakan
bahawa jangan tinggalkan orang yang kita sayang
semata-mata untuk orang yang kita suka
kerana orang yang kita suka itu
akan meninggalkan kita untuk orang
yang mereka sayang,
jangan sesekali kita cuba mendapatkan
apa yang kita sayang,
tapi sayanglah,cintailah,& bersyukurlah dengan apa yang kita ada...